Seperti diketahui bersama, berikut ini adalah Tata Cara dalam Ibadah Umrah, yaitu:

1.Niat

2.Tawaf

3.Sa’i

4.Tahallul

5.Tertib

Mari kita simak bersama-sama rinciannya dibawah ini.

Niat

Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang tidak berniat baik sengaja atau terlupa, maka umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan kapan saja.

“Aku berniat umrah dan berihram karena Allah Ta’ala.”

Tawaf

Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Apabila tidak dilaksanakan dengan mengikuti syarat-syaratnya, maka tidak sah dan Sa’i, yaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.

Syarat- syarat sah-nya tawaf:

Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.

Tawaf Umrah :
“Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh putaran karena Allah Taala.”

Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram.

Tawaf boleh dilakukan di bagian atas Masjidil Haram tapi harus dipastikan bahu senantiasa mengiringi Ka’abah.

  • Tidak boleh menyentuh bagian Ka’bah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) saat tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (karena Hijr Ismail juga dianggap sebagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali putaran dengan sempurna dan yakin.
  • Harus mengkirikan Ka’abah saat tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Suci daripada hadas kecil (yakni berwudlu).
  • Suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian suci daripada najis.(mendukung anak lelaki yang belum berkhatan diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Menutup aurat.

Sa’i

Sa’i adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya bergantung kepada sahnya tawaf.

Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sa’i yang sempurna akan turut menjadi tidak sah.

Syarat-syarat sah Sa’i:

  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sa’i.
  • Sa’i hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dihitung sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dari kaki bukit ke kaki bukit. Namun sekurang-kurangnya adalah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kursi roda.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak keluar melalui satu pintu dan masuk pintu lain.

Tahallul

Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah.

Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua rukun yang lain yaitu Niat, Tawaf dan Sa’i.

Syarat Tahallul:

Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara digunting atau dengan cara–cara lain. Tapi lebih afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya.

Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai dilalukan dengan pisau di atas kepalanya.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:

Perempuan yang berambut panjang boleh memotong bagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.

Suami boleh menggunting rambut istrinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas keduanya selesai Sa”i umrah. Tapi sebaiknya suami menggunting rambutnya dulu.

Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan ke dalam tempat yang disediakan.

Tertib

Para jamaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut aturannya.

Wajib Umrah

Wajib Umrah adalah perkara yang mesti dilaksanakan oleh jamaah umrah, bila ditinggalkan ibadah umrah tersebut masih sah tapi dikenakan bayaran Dam.

Pengabaian terhadap perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam.

Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.

Berikut adalah perkara-perkara Wajib Umrah:

(1) Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.

(2) Menjaga larangan ihram.

Penjelasannya adalah sebagai berikut:

1.Berniat Umrah di Miqat:

Miqat Makani (sempadan tempat) :

Adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada tempat sebelum sampai ke Miqat ini.

Jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tapi Dam berupa seekor kambing akan dikenakan.

Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang) :

Qarnul Manaazil
– Kurang lebih 94 km dari Makkah atau kira-kira setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.

Bir Ali – (disebut juga sebagai Zulhulaifah)
– Kira-kira 10 km dari Bandar Madinah atau 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ini juga menjadi Miqat untuk penduduk Madinah itu sendiri.

Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) :

Al-Juhfah
– Kurang lebih 187 km dari Makkah . Ini menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.

Zaatu ‘irqin
– Kurang lebih 94 km dari Makkah. Ini Miqat bagi penduduk Iraq.

2.Larangan Ihram:

Mulai dari saat melafazkan niat hingga sempurnanya semua Rukun Umrah.

Jamaah hendaklah waspada agar tidak melanggar larangan ihram seperti berikut :

Perkara-Perkara Larangan Ihram

  • Mengugurkan rambut atau bulu di badan (dengan cara menggunting, mencukur, menggosok, mencabut, mengesat, menganyah, mengelap dan sebagainya)
  • Memakai minyak rambut pada kepala dan janggut (bagi lelaki)
  • Menggunakan wewangian pada badan, pakaian, makanan atau minuman
  • Memakai sarung tangan
  • Memotong kuku
  • Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan selama di Tanah Haram atau di Tanah Halal
  • Menebang, memotong, mencabut atau merusak tumbuhan di Tanah Haram
  • Berakad nikah, berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain
  • Bercumbuan
  • Melakukan persetubuhan

Larangan Khusus Kepada Jamaah Lelaki

  • memakai pakaian yang bersarung (berjahit atau pun tidak) yang disarungkan ke badan, baju dalam, sarung kaki, songkok dan sebagainya
  • menutup muka, menutup kepala atau sebagian daripadanya
  • memakai kasut yang menutup tumit dan jari kaki.

@kaefota