kf.wp 100414 SEBAB LAKI LAKI MASUK NERAKA

Terdapat satu hadis Nabi Muhammad saw yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Isra’ Mi’raj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia. Namun bukan bermakna bahwa seorang lelaki akan terselamatkan dari panasnya api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambarkan oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia fana.

Apabila kita lihat beberapa istilah dalam Al Qur’an, yang menggambarkan kepada kita bahwa seorang lelaki juga tidak kurang akan menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan dalam Al Qur’an seperti halnya istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah saw seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak durhaka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus?

Golongan dayus ini sama saja dengan seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya menbuka aurat seperti tidak memakai jilbab kepala hingga di bawah perhiasan mereka, termasuk membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh Al Qur’an.

Adalah terdapat sekurangnya 4 (empat) golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita :
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja, maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?
Adakah kau mengajarnya bersholat … menutup aurat?… pengetahuan agama?

Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di dilingkunganya, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.

Apabila suami berdiam diri walaupun seorang yang alim dimana sholatnya tidak pernah terlewatkan, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

Lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?

Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya?
Jika anda tidak menjaganya mengikuti ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka kelak.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan menyimpang dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan jangan ingat kau terbebas…
Anda juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, jika membiarkan adikmu bergelimang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.

4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam, bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengata-ngatai dan sebagainya, maka anak itu akan ditanya dan mempertanggungjawabkannya di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Wallohualambissawab